Borang Daftar - VTM Voyage Volunteer 2024

ANDA SUKA TRAVEL SAMBIL BERBAKTI?

Pertubuhan Kembara Kesukarelawanan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Volunteering Trip Malaysia (VTM) merupakan sebuah agensi kemanusiaan yang berorientasikan pengembaraan.
Pertubuhan ini memberi fokus membawa sukarelawan mengembara sambil menikmati aktiviti kebajikan (Charity Trip) dengan bersosial bersama masyarakat setempat di kawasan atau negara yang dikunjunginya.

VTM juga membawa bantuan khas dan kecemasan dalam melaksanakan misi kemanusiaan kepada kawasan yang memerlukan seperti Kem Pelarian Syria, Palestin, Rohingya dan lain-lain.
VTM menggalakkan dan mengajak anak-anak muda yang punyai minat mengembara untuk sama-sama menyertai misi-misi kemanusiaan dan kesukarelawanan.
Moga dari sini dapat bantu menghebahkan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan dan kebajikan di kalangan
anak-anak muda yang gemar Travel.
ada yang mahu bersama-sama kami terokai dunia? Sila Isi borang di bawah ya, Selepas isi borang, pihak kami akan menjemput anda ke group wasap khas untuk kita berhubung langkah dan sampaikan Info selanjutnya.
>>> Sila isi 'Borang Pendaftaran' dibawah sekarang ya <<<